Social
141
0

Dewan bedah hospital terbakar

Sitiawan – Tindakan pantas bomba mengawal api berjaya mengelak dewan bedah sebuah hospital swasta, di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd Zaki Zainol, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam10.36 malam sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut dan turut mendapat bantuan daripada BBP Manjung serta BBP Ayer Tawar.

Katanya, kebakaran membabitkan pendawaian elektrik dalam dewan bedah hospital berkenaan kira-kira 20 hingga 30 peratus.

“Ketika kejadian kakitangan hospital baru selesai melakukan satu pembedahan dan pesakit sudah dipindah keluar serta hanya ada kakitangan saja dalam dewan itu.

“Bagaimanapun, kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, bomba berjaya memadam kebakaran itu sebelum operasi ditamatkan pada 12.40 tengah malam. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu