Nation
499
0

Dr Adham jalani HSO

Putrajaya – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba telah diperintahkan menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sehingga 18 Dis ini.

Dr Adham berkata perintah itu dikeluarkan setelah penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mendapati beliau adalah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabat pada Sabtu lepas yang didapati positif COVID-19 dan bergejala.

“Sehingga tamat perintah HSO, saya akan bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya,” katanya mengesahkan perkara itu dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Dr Adham berkata sesiapa pun tidak terkecuali daripada mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apatah lagi yang melibatkan langkah pencegahan atau rawatan COVID-19.

“Semoga kita semua dapat memainkan peranan dalam menangani dan melawan COVID-19. Mohon doakan semuanya selamat,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu