Nation
760
0

Ekonomi, kehidupan rakyat terjejas jika laksana ‘total lockdown’ – PM

Petaling Jaya – Ekonomi negara dan kehidupan rakyat terjejas jika kerajaan melaksanakan “total lockdown” bagi memerangi kes jangkitan Covid-19 yang tinggi ketika ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, “total lockdown” atau pelaksanaan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermakna akan berlaku penutupan penuh ekonomi.

“Kerajaan sedar antara kaedah yang paling berkesan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 adalah dengan melaksanakan ‘total lockdown’.

“Tetapi kita juga tahu pelaksanaan ‘total lockdown’ memberi kesan amat negatif terhadap ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

“Banyak kilang ditutup, perniagaan gulung tikar. perusahaan lumpuh dan rakyat hilang pekerjaan serta mata pencarian. Kehidupan rakyat pastinya terjejas dengan teruk,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan perlu mencari satu keadah yang serimbang iaitu memastikan kehidupan ekonomi rakyat terus terjamin dan nyawa rakyat terus dilindungi.

Jelas beliau, kaedah yang terbaik pada masa ini membenarkan sektor ekonomi perlu untuk terus beroperasi dan pada masa yang sama melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. – Kosmo

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu