Nation
68
0

Fasiliti kesihatan KKM cukup tampung peningkatan kes

Putrajaya – Fasiliti kesihatan bawah Kementerian Kesihatan (KKM) mencukupi dan mampu menampung peningkatan kes di sekitar Lembah Klang ketika ini.

Ia termasuk Insitut Latihan KKM serta Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiada keperluan setakat ini untuk membuka semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Kita akan menggunakan kemudahan KKM dahulu. Kalau terpaksa baharu kita buka hospital sementara MAEPS,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata, KKM mempunyai sebanyak 4,200 katil di Institut Latihan KKM jika dua pesakit ditempatkan dalam satu bilik.

Katanya, KKM juga akan menggunakan blok wad bersalin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang sudah dikosongkan dan Hospital Rehabilitasi Cheras serta Hospital Angkatan Tentera Malaysia.

Setakat tengah hari tadi, negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 544 kes positif atau 49.3 peratus daripada 1,103 kes baharu yang dicatatkan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 484 kes atau 89.0 peratus kes daripada kluster-kluster yang dilaporkan di Lembah Klang, dengan Kluster Tapak Bina Damanlela di Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 385 kes. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu