Social
380
0

‘Geng Muniandy’ tumpas

Kuala Lumpur – Polis menahan lapan lelaki ahli dipercayai ‘Geng Muniandy’ yang disyaki melakukan kegiatan pecah rumah di Kampung Baru Tambahan, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini pada 21 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata polis melakukan tiga serbuan di beberapa lokasi sekitar kawasan Hulu Selangor, dan menahan kelapan-lapan warga tempatan berusia antara 15 dan 27 tahun.

“Hasil serbuan, polis merampas 54 jenis barang berharga antaranya sebuah kereta Proton Iswara, dua jenis mesin rumput, empat jenis televisyen berjenama, empat jenis komputer riba pelbagai jenama dan pelbagai jenis barang elektronik yang lain,” katanya dalam kenyataan.

Arsad berkata saringan ujian air kencing mendapati seorang daripada suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, manakala tujuh lagi negatif.

“Semakan terhadap suspek mendapati lima orang mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah, manakala tiga lagi tidak mempunyai sebarang rekod,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu