Social
341
0

Guru mati ditembak pelajar

Riyadh – Seorang guru Bahasa Inggeris warga Mesir di Arab Saudi meninggal dunia, akibat ditembak oleh pelajarnya.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan mangsa dikenali sebagai Hani Abdul Tawab, 35.

Dia meninggal dunia selepas seminggu dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.

Difahamkan, sebelum kejadian, pelajar berusia 13 tahun itu bertengkar dengan gurunya itu.

Ia dipercayai selepas dia tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan oleh mangsa.

Susulan itu, remaja terbabit menunggu di luar sekolah bersama abangnya yang berusia 16 tahun.

Dia kemudian menembak gurunya di kepala dan menyebabkan mangsa parah. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu