Nation
509
0

Hanya 30 peratus pekerja boleh hadir ke pejabat

Petaling Jaya – Golongan majikan diminta supaya mematuhi arahan kerajaan dengan membenarkan hanya 30 peratus pekerja dalam kategori pengurusan yang boleh hadir ke pejabat atau premis perniagaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, manakala kakitangan lain mesti bekerja dari rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang sudah pun berada dalam komuniti.

“Apabila arahan ini dipatuhi, sekurang-kurangnya 70 peratus daripada pekerja dalam kategori ini tidak berada di pejabat atau di premis-premis perniagaan.

“Ini bermakna pergerakan orang ramai dalam pengangkutan awam, di jalan raya, premis-premis pejabat dan perniagaan dapat dikurangkan dan pada masa sama ekonomi dan industri dapat terus beroperasi,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Muhyiddin berkata, majikan tidak boleh memaksa pekerja yang sedang menjalani kuarantin untuk datang bekerja kerana akan membahayakan semua orang.

“Jangkitan kepada orang lain boleh berlaku sekiranya mereka juga didapati positif Covid-19. Pokoknya, kita mesti jaga kita. Apabila kita jaga sesama kita, kita jaga semua orang,” katanya. – Kosmo

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu