Nation
175
0

COVID-19: Angka jangkitan baharu kembali 4 digit

Putrajaya – Angka jangkitan baharu COVID-19 kembali mencecah empat digit apabila sebanyak 1,054 kes dilaporkan, hari ini.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negara ini ialah sebanyak 34,393 dengan 10,135 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, 64.3 peratus atau 678 kes baharu disumbangkan dari Sabah, manakala 310 kes (29.4 peratus) pula dikesan dalam kluster penjara dan pusat tahanan sementara (PTS).

“Negeri di Lembah Klang mencatatkan 150 kes (14.2 peratus), manakala Labuan pula 81 kes (7.7 peratus).

“Secara keseluruhan, semua negeri itu menyumbangkan sebanyak 909 kes baharu (86.2 peratus).

“Pertambahan jumlah kes baharu itu adalah berikutan lebih banyak saringan dijalankan di negeri terbabit yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa setakat jam 12 tengah hari tadi, 875 kes pulih dilaporkan.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pesakit COVID-19 sembuh di negara ini mencecah 23,995 kes (69.8 peratus). – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu