Nation
232
0

i-SINAR ATAU i-KECEWA?- Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Kuala Lumpur- 4Jan’21- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia banyak menerima keluhan rakyat yang hampa kerana permohonan mereka ditolak KWSP.

“Mana janji KWSP dan Kerajaan untuk mempermudahkan urusan rakyat untuk mengeluarkan duit simpanan mereka sendiri?,” soal Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Di mana janji Kerajaan yang memberi jaminan bahawa isu KWSP TANPA SYARAT/KRITERIA masih boleh dirundingi ketika mahu Bajet diluluskan di Parlimen tempoh hari?

Beliau turut berkata bahawa rakyat tidak akan marah dan menuntut jika bukan kerana situasi mendesak ketika ini tatkala Pandemik Covid-19 yang benar-benar memberi kesan terhadap kelangsungan hidup mereka.

“PEMUDA UMNO desak KWSP tampil segera beri penjelasan mengenai isu ramai yang mendakwa ditolak permohonan mereka untuk i-Sinar ini,” saran beliau.

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu