Social
417
0

Ibu model Belanda saman KPN, kerajaan

Kuala Lumpur – Ibu model rakyat Belanda, Ivana Esther Robert Smit, memfailkan saman terhadap polis, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang didakwa melanggar kewajipan statutori dan melakukan kecuaian dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anak perempuannya tiga tahun lepas.

Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, 56, memfailkan saman itu melalui firma guaman S.N. Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dan menamakan Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Polis Daerah Dang Wangi Asisten Superintenden Faizal Abdullah, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Penyataan tuntutan Verstappen menyebut anak gadisnya yang berusia 18 tahun telah ditemukan mati di tingkat enam kondominium CapSquare Residence di Kuala Lumpur selepas terjatuh dari unit kondominium milik pasangan Amerika Alex Johnson dan Luna Almazkyzy yang terletak di tingkat 20 pada 7 Dis 2017.

Verstappen berkata pada hari kejadian, beliau berada di Belanda dan selepas dimaklumkan mengenai kematian anaknya, dia segera berlepas ke Kuala Lumpur.

Sejurus tiba di Malaysia pada 9 Dis 2017, beliau telah diminta oleh defendan untuk membuat pengecaman mayat anaknya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dimaklumkan bahawa jasad mangsa ditemukan dalam keadaan bogel di balkoni tingkat enam kondominium dan bahawa gadis itu membunuh diri. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu