Nation
302
0

Individu rakam video, ambil gambar polis bertugas boleh disiasat – Bukit Aman

Kuala Lumpur – Individu yang sengaja merakam video atau mengambil gambar anggota polis yang sedang bertugas sehingga menganggu siasatan, merupakan satu kesalahan dan boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

Beliau berkata perbuatan itu jika ditularkan dengan apa jua cara sekalipun dilihat tidak bertanggungjawab selain boleh menggangu ketenteraman awam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin mengingatkan bahawa setiap siasatan dijalankan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya apatah lagi ia ditularkan di media sosial.

“PDRM juga menegaskan bahawa tindakan merakam video atau gambar bukanlah satu kesalahan jenayah namun demi kepentingan siasatan jika ia dikongsi, disebar dan ditularkan boleh menggangu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Huzir mengulas berhubung penahanan seorang individu lelaki yang ditahan kerana disyaki menghalang tugas polis dengan merakam operasi serbuan di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu lepas.

“Lelaki berkenaan telah membuat rakaman secara langsung melalui Facebook Live dengan menggunakan telefon bimbitnya. Amaran diberi supaya tindakan itu dihentikan namun individu itu berdegil dan polis terpaksa menahannya kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.

Dalam pada itu, Huzir memaklumkan sebanyak 41 laporan polis dibuat terhadap catatan bertajuk “YDPA Should Not Interfere In National Affairs” di laman Facebook mengaitkan kes berkenaan.

“PDRM turut menggesa orang ramai untuk sentiasa memberikan kerjasama dan tidak menggangu pihak polis menjalankan siasatan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang sengaja menggugat keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan serbuan di Petaling Jaya itu dilakukan berhubung siasatan kes Akta Hasutan melibatkan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY). – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu