Social
157
0

Ingkar PKPB: Pengusaha restoran didenda RM800

Kuala Lumpur – Seorang pengusaha restoran didenda RM800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah gagal memastikan restoran miliknya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhi hukuman itu terhadap Ng Chye Poh, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Lelaki itu didakwa gagal mematuhi SOP PKPB di restoran miliknya apabila tidak merekod butiran diri pelanggan di dalam buku daftar dan mengimbas kod QR bagi aplikasi MySejahtera, tiada penjarakan sosial pelanggan, tidak memeriksa suhu badan pelanggan dan menjalankan perniagaan berunsur hiburan dalam kawasan tempat berjangkit yang telah diwartakan kerajaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Station One Signature, Tingkat Bawah, Jalan Mutiara Raya, Taman Mutiara, Cheras, pada 7.40 malam, 8 Nov.

Ng didakwa mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara yang boleh sampai enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Bernama

 

 

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu