Politics
157
0

Isu bubar parlimen tidak disentuh dalam mesyuarat khas Kabinet – Ismail Sabri

Kuala Lumpur – Isu pembubaran Parlimen langsung tidak dibangkitkan pada mesyuarat khas kabinet hari ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ia tidak dibangkitkan, tidak dibincangkan,” katanya menjawab soalan pemberita pada sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di sini hari ini.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian sebagai menjawab dakwaan kononnya beliau bersama ahli kabinet lain akan mencadangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.

Ini susulan tular satu tangkap layar perbualan dalam satu kumpulan yang menunjukkan kononnya Ismail Sabri memaklumkan ketua-ketua UMNO Bahagian bahawa beliau dan rakan lain dalam Kabinet akan mencadangkan pembubaran Parlimen hari ini.

Terdahulu hari ini, Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat khas lebih dua jam bersama Jemaah Menteri di Perdana Putra, Putrajaya, menyusuli titah Al-Sultan Abdullah semalam bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini. – Bernama

 

 

 

 

 

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu