Nation
310
0

Jeffrey Kitingan positif Covid-19

Kota Kinabalu – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan, semalam.

Setiausaha Politik beliau, Arlinsia Agang, dalam satu kenyataan malam ini, berkata Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah kini menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini.

“Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 pada Ahad (semalam) dan keputusannya menunjukkan beliau positif dijangkiti virus berkenaan.

“Beliau kini menjalani rawatan di HQE tetapi keadaannya adalah stabil,” katanya.

Arlinsia berkata, walaupun dirawat di hospital, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu masih menjalankan tugas selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.

Katanya, Jeffrey menjalankan tugas secara persidangan video dan aplikasi digital lain.

“Beliau memaklumkan dirinya dalam keadaan baik dan meminta semua bertenang serta berdoa agar Sabah dapat bebas daripada COVID-19,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu