Nation
174
0

Juruteknik didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol

George Town- Seorang juruteknik komputer menjadi individu pertama di Pulau Pinang didakwa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol di Mahkamah Majistret di sini hari ini mengikut pindaan baharu Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan Pindaan 2020 yang mula berkuat kuasa Jumaat lepas.

Saw Yen Yew, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rosnee Mohd Razak.

Dia didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan iaitu 50 miligram dalam 100 mililiter darah di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini pada jam 2.55 pagi, Ahad lepas.

Saw berdepan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Erma Yanti Abdul Rahim menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh bagaimanapun peguam Mohamad Ismail Mohamed yang mewakili Saw memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan tertuduh tidak akan melarikan diri dan telah memberi kerjasama.

Mahkamah kemudian membenarkan Saw diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Nov ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu