Nation
119
0

Kakitangan pejabat Air Selangor Kuala Langat positif Covid-19

Kuala Lumpur – Pejabat Air Selangor Wilayah Kuala Langat ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak susulan terdapat satu kes positif COVID-19 yang telah dikesan melibatkan warga kerja di bahagian kaunter pejabat berkenaan.

Menurut Air Selangor dalam kenyataan hari ini, warga kerja berkenaan telah menjalani kuarantin sejak 22 Okt lepas dan telah disahkan positif pada 4.30 petang tadi.

“Justeru, Pejabat Wilayah Kuala Langat akan ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak. Air Selangor sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan semua tindakan bagi mencegah penyebaran pandemik COVID-19 dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, bagi mengurangkan risiko jangkitan, Air Selangor telah melakukan tindakan antaranya termasuk usaha pengesanan kontak rapat untuk mengesan mana-mana warga kerja dan pelawat luar yang telah berurusan secara terus dengan warga kerja berkenaan dari 19 Okt hingga 22 Okt lepas.

“Individu tersebut akan dihubungi dengan segera dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari serta mendapatkan bantuan perubatan (ujian saringan COVID-19).

“Pejabat Wilayah Kuala Langat juga telah disanitasi sepenuhnya pada 5.30 petang tadi,” menurut kenyataan itu.

Keselamatan kakitangan dan para pelanggan adalah keutamaan kami di Air Selangor dan sebarang informasi terkini akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi Air Selangor, katanya. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu