Social
1K
0

Kanak-kanak dirogol bergilir-gilir hingga mati

New Delhi – Malang nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di India apabila diperkosa dua lelaki bergilir-gilir sehingga mangsa meninggal dunia.

India Times melaporkan polis memaklumkan kedua-dua suspek yang disyaki terbabit juga bertindak kejam apabila mengambil organ mangsa iaitu hati dan paru-paru untuk upacara ilmu hitam.

Mayat mangsa ditemui di sebuah hutan dekat Kanpur, Uttar Pradesh, pada Ahad lalu selepas dilaporkan hilang dari rumahnya di Ghatampur pada malam Deepavali.

Asisten Superintendan, Brajesh Srivastava berkata, kedua-dua suspek iaitu Ankul Kuril, 20, dan Beeran, 31, bagaimanapun, sudah ditahan untuk siasatan pada Ahad lalu.

Turut ditahan kerana bersubahat adalah seorang lelaki yang menerima organ untuk melakukan upacara ilmu hitam, Parshuram Kuril dan isterinya.

Menurut Brajesh, Parshuram cuba berdolak-dalik ketika disoal siasat tetapi akhirnya mengakui perbuatannya.

“Parshuram memberitahu sudah berkahwin sejak 1999, tetapi belum dikurniakan zuriat.

“Jadi, dia meminta anak saudaranya, Ankul dan rakannya Beeran untuk menculik mangsa serta mengambil organnya.

“Akur dengan arahan, Ankul dan Beeran yang mabuk ketika itu kemudian menculik mangsa yang keluar dari rumahnya di kampung Bhadras pada Sabtu malam,” katanya

Brajesh berkata, kedua-dua suspek membawa mangsa ke hutan berhampiran sebelum memperkosa dan membunuhnya.

“Berikutan kesalahan itu, tertuduh akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) dan Akta Perlindungan Kanak-kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO),” katanya. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu