Social
154
0

Kanak-kanak maut dilanggar jip di depan rumah

Tawau – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar kenderaan jenis jip di hadapan rumahnya di Lorong Semarak 2A/6, Taman Semarak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata mangsa, Nuh Muhammad Dzulqarnain Asman, 5, disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawau.

Katanya, dalam kejadian pada 4.20 petang itu, pemandu berusia 69 tahun bersama isterinya dalam perjalanan ke rumah sepupu mereka untuk menghantar barang.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba pemandu terdengar suara kanak-kanak berteriak dan terus memberhentikan kereta.

“Pemandu mendapati seorang kanak-kanak lelaki terbaring dalam keadaan cedera parah berhampiran tayar hadapan sebelah kanan jip berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau berbahaya. ― Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu