Nation
282
0

Kapasiti Saya Terhad- Zahid Hamidi

Kuala Lumpur- “Saya adalah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang tidak memegang tampuk pentadbiran negara,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laman Facebook beliau.

”Ramai yang meminta supaya saya mengetengahkan lebih banyak isu terutamanya yang berkaitan bebanan dan kesukaran hidup pada masa ini, pengangguran dan bermacam lagi.”

“Saya alu-alukan setiap pandangan, cetusan idea, keluhan mahupun aduan untuk kita lontarkan bersama-sama di sini dan saya beri jaminan akan mengetengahkannya sebanyak yang boleh. Media sosial platform kita berinteraksi dan bersuara.”

“Namun saya berharap saudara saudari memahami jua saya tiada dalam sebarang kedudukan untuk membuat keputusan bagi pihak kerajaan,” ujar beliau.

“Apa yang boleh saya lakukan dalam kapisiti yang terhad ini adalah akan bersuara dan terus bersuara demi kepentingan kita semua.”

Beliau menegaskan bahawa jika perkara yang dibangkitkan itu tidak dilayan pihak berwajib,beliau cuma mampu memohon maaf kepada semua.

“Saya akui beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.”

Tetapi ia bukanlah bersifat partisan, bahkan ada kuasa yang lebih mendahului mereka.

“Jika anda melihat saya sebagai orang yang boleh bersuara, ya.. Saya ada melakukannya seperti yang saya lakukan dalam pembentangan Bajet dan banyak lagi sebelum ini.”

“Saya ingat, saya juga boleh bersuara melalui Parlimen tetapi apakan daya, persidangan tidak dibenarkan sekarang,” ujar beliau lagi.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu