Social
720
0

Kecoh babi hutan sesat masuk pusat beli-belah

Putrajaya – Kompleks beli-belah Alamanda di sini kecoh apabila seekor babi hutan tiba-tiba masuk ke dalam bangunan itu, pada tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya Shaari Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.38 tengah hari.

Katanya lapan anggota bersama dua jentera tiba pada pukul 12.47 tengah hari dan bertindak menghalau haiwan itu keluar daripada bangunan kompleks beli-belah berkenaan.

“Haiwan berkenaan telah menuju ke arah padang ragbi Presint 16 dan kes itu diserahkan kepada Bahagian Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Beberapa klip video dan gambar tular di laman Twitter, menunjukkan seekor babi berkeliaran di dalam sebuah kedai sukan di Alamanda.

Shaari berkata operasi menembak babi diadakan pada setiap Ahad di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini.

Justeru, beliau memohon pegawai terlibat untuk menghubungi Bahagian Hidupan Liar PPj, jika terdapat kes seperti itu untuk memudahkan pemantauan oleh pihak bomba, bagi memastikan keselamatan dan harta benda awam terjaga. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu