Social
107
0

Keluarga Nora Anne fail permohonan semakan keputusan koroner

Seremban – Keluarga Nora Anne Quoirin memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Koroner Seremban yang memutuskan kematian remaja perempuan Ireland-Perancis itu disebabkan oleh peristiwa malang.

Peguam keluarga mendiang di Malaysia, Louise Azmi, berkata permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban, Jumaat lalu.

“Permohonan ini meminta hakim menyemak semula keputusan kematian remaja berusia 15 tahun itu disebabkan oleh peristiwa malang yang disampaikan Koroner Mamoonah Aid pada 4 Januari lalu.

“Kami akan memaklumkan media mengenai tarikh pendengaran kes selepas ia ditentukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Prosiding inkues itu diadakan bagi menentukan punca kematian remaja yang bermula sejak 24 Ogos hingga 10 Disember tahun lalu membabitkan seramai 48 saksi termasuk ibu bapa remaja berkenaan, Meabh Jaseprine Quoirin dan Sebastien Quoirin.

Nora Anne, didapati hilang pada 4 Ogos 2019 sehari selepas beliau dan keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di pusat peranginan di Pantai, Seremban, di sini.

Pada 13 Ogos, iaitu 10 hari selepas Nora Anne dilaporkan hilang, mayatnya ditemukan berhampiran sebatang anak sungai di sebuah lurah terletak kira-kira 2.5 kilometer dari pusat peranginan yang beliau dan keluarganya menetap, susulan operasi pencarian besar-besaran oleh pihak berkuasa berkaitan.

Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja itu, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU), tidak mempunyai unsur jenayah dan mangsa disahkan pihak berkuasa kesihatan meninggal dunia akibat pendarahan usus disebabkan kebuluran serta tekanan berpanjangan. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu