Politics
272
0

KERAJAAN DARURAT ATAU “PROROGUE PARLIAMENT?

Belum pasti apa keputusan sebenar Mesyuarat Khas Kabinet semalam. Spekulasi kuat mengatakan “Prorogued Parliament”.

Prorogue Parliament bermaksud sidang parlimen digantung tetapi parlimen tidak dibubarkan. Maka tidak perlu ganti PM.

Penggantungan ini untuk tempoh tertentu. Maklumat mengatakan Kabinet setuju untuk tempoh 6 bulan sahaja.

Tetapi apa tujuannya? Untuk muslihat politik atau memerangi Covid-19? Semoga Covid-19 tidak dijadikan kambing hitam.

Bolehkah prorogue Parliament memutuskan jangkitan coronavirus. Bukankah lebih baik teruskan sahaja PKPD (Peraturan Kawalan Perjalanan Diperketatkan).

Setelah Muhyiddin mengadap YDP Agung di Pahang semalam tiada pengumuman rasmi dibuat. Muhyiddin juga tidak jadi buat sidang media malam tadi.

Justeru teka teki semalam menambahkan lagi kekeliruan rakyat. Jangan nanti rakyat tuduh kerajaan yang keliru kerana gagal bantu rakyat akibat padah ekonomi.

Kalau betul keputusan semalam ialah “Prorogue Parliament”, ia boleh menimbulkan beberapa persepsi lain.

Pertama Kerajaan dapat mengelak usul undi tidak percaya bila Parlimen digantung.

Kedua, kerajaan mahu memastikan Bajet 2021 tidak ditolak melalui undian di Parlimen.

Ketiga, Muhyiddin menganggap dakwaan Anwar Ibrahim bahawa dia sudah cukup nombor adalah benar. Justeru “Prorogue” Parlimen akan menggagalkan cita cita Anwar.

Ia turut merencat keputusan Biro Politik UMNO yang mahu menghantar terma hitam putih kepada Muhyiddin. Apatah lagi jika membabitkan rombakan kabinet.

Sekaligus pendaftaran Muafakat Nasional mungkin akan tertangguh lama.

Persoalan besar ialah Bajet 2021. Perdana Menteri akan menggunakan perbelanjaan kecemasan untuk perbelanjaan tahun hadapan.

Bajet itu bukan lagi bajet rakyat kerana ia tidak dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Ia menjadi tidak telus.

Setelah BN kalah di PRU ke 14, macam macam kita dengar. Perdana Menteri Interim, Kerajaan Perpaduan tanpa parti politik dan terkini “Prorogue’ parlimen.

Terbaik, kita menaruh harapan kepada kebijaksanaan YDP Agung dan Majlis Raja Raja Melayu.

-Oleh : Datuk Dr. Puad Zarkashi

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu