Nation
64
0

Kerajaan lancar pakej PERMAI RM15 bilion

Kuala Lumpur – Kerajaan melancarkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pakej bantuan PERMAI ini menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

“Kerajaan berulang kali membuktikan tidak akan berkompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya ketika mengumumkan pakej bantuan PERMAI di sini hari ini. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu