Nation
104
0

Kerajaan lulus pendaftaran bersyarat vaksin COVID-19 Pfizer

Kuala Lumpur – Pendaftaran secara bersyarat bagi vaksin COVID-19 keluaran syarikat Pfizer, “Comirnaty Concentrate for Dispersion”, diluluskan untuk kegunaan di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran Twitter dan Facebook rasminya berkata, pendaftaran vaksin itu diluluskan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-352 yang bersidang semalam.

“Pun begitu syarikat masih perlu mengemukakan beberapa data penting dalam tempoh ditetapkan sebelum ia dibenarkan untuk digunakan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menerusi Twitter rasmi beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) atas keputusan bagi pendaftaran bersyarat untuk vaksin COVID-19 keluaran Pfizer itu.

“Saya baru dimaklumkan oleh @DGHisham NPRA meluluskan pendaftaran bersyarat vaksin Pfizer. Kami masih menunggu untuk beberapa maklumat tambahan daripada Pfizer.

“Tahniah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di atas pendaftaran yang cepat,” katanya.

Sehingga ini Malaysia menandatangani perjanjian dengan Pfizer dan BioNTech untuk memperoleh 12.8 juta dos vaksin.

Negara juga bakal menerima 6.4 juta lagi dos vaksin daripada AstraZeneca selain daripada beberapa lagi pembekal. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu