Social
360
0

Kes bunuh, bakar: 3 suspek disambung reman

Sepang– Tiga kontraktor yang merupakan yang disiasat dalam kes bunuh dan bakar seorang jurutera dalam kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Toyota Harrier baru-baru ini telah disambung reman enam hari lagi.

Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret, Sepang, hari ini dengan berbaju lokap dan tangan bergari.

Ketiga-tiga mereka dikatakan rakan baik mangsa tiba di mahkamah pada jam 9 pagi sebelum dihadapkan depan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman untuk permohonan sambung reman terhadap mereka.

Ayuni membenarkan sambung reman selama enam hari lagi bermula hari ini hingga 11 November ini untuk membantu siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka kemudian dibawa keluar setengah jam kemudian sebelum beredar menaiki van polis.

Suspek-suspek ituberumur antara 24 tahun dan 42 tahun, berasal dari Klang, Selangor dan Batu Caves telah ditangkap pada 29 dan 30 Oktober lalu.

Terdahulu mereka direman selama tujuh hari sehingga 5 November dan 6 November ini.

Pada 28 Oktober lalu sekitar jam 3.30 pagi, polis menemui mayat rentung dalam Toyota Harrier bersebelahan dengan Jalan Airport City 2, Airport City Business Centre berhampiran Stesen ERL Salak Tinggi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan pada 30 Oktober lalu berkata, kenderaan yang didaftarkan di Subang Jaya itu dimiliki seorang lelaki India.

Malah, beliau juga mendedahkan laporan bedah siasat ke mangsa mendapati dia parah diiris sebelum dibakar bersama kenderaannya.

Dalam perkembangan terbaharu siasatan kes ini, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi pagi tadi mengesahkan hasil keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga mangsa sudah diperoleh dan membuktikan mayat yang rentung itu adalah pemilik kenderaan terbabit.

Beliau juga mengakui, suspek pertama kes berkenaan ditahan di Hospital Kuala Lumpur sekitar 4.30 petang pada 29 Oktober lalu ketika sedang menerima rawatan.

Suspek itu menerima rawatan akibat kesan melecur akibat jenayah kebakaran pada bahagian tubuh badan.

Suspek pertama ketika dibawa ke mahkamah untuk disambung reman pagi tadi dengan kedua-dua tangan dan betis kiri berbalut dipercayai akibat kecederaan kebakaran semasa terlibat jenayah itu – MalaysiaGazette

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu