Nation
106
0

Kes denggi Negeri Sembilan meningkat 34.3 peratus

Seremban – Jumlah kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan 34.3 peratus dalam tempoh Januari hingga Sabtu lepas (7 Nov) kepada 2,696 kes berbanding 2,008 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata Seremban merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 2,320 kes, diikuti Port Dickson (86), Tampin (83), Jempol (72), Rembau (66), Jelebu (44) dan Kuala Pilah (25).

“Untuk minggu ke-45 iaitu dari 1 Nov hingga 7 Nov, sebanyak 24 kes direkodkan di seluruh negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Veerapan berkata tiada kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu itu menjadikan jumlah kes kematian kekal lapan orang atau 0.3 peratus daripada keseluruhan kes setakat ini. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu