Social
132
0

Kes dera: Suami isteri direman 7 hari

Melaka – Sepasang suami isteri, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman, berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.

Kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu namun siasatan siasatan awal polis mendapati, terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu