Health
115
1 Comment

Kes positif Covid-19 global hampiri 40 juta, kematian lebih 1.1 juta

WASHINGTON, Okt 17: Jumlah keseluruhan kes positif global COVID-19 kini menghampiri angka 40 juta. Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terkesan pandemik. Ia melepasi angka 8 juta kes jangkitan. Ini diikuti India dengan 7.3 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.17 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.36 juta kes. Sementara itu, Argentina, Columbia, Sepanyol dan Peru melepasi angka setengah juta kes. Turut melepasi 500,000 kes adalah Perancis, Mexico, Afrika Selatan, United Kingdom dan Iran.

 

Sementara itu, statistik turut menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 melebihi 1.101 juta kes.

AS merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 218,000 kes. Ini diikuti Brazil dengan 152,000 kes. Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 112,000 dan 85,000 kes kematian dan United Kingdom mencatat 43,000 kes.

Itali, Sepanyol, Peru dan Perancis pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes. Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Iran, Colombia, Argentina dan Rusia. Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

More Similar Posts

1 Comment. Leave new

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu