Health
165
1 Comment

Kes positif Covid-19 global kini 39.6 juta, kematian 1.1 juta dilaporkan

WASHINGTON, Okt 18: Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global ketika ini semakin menghampiri 40 juta berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, kes positif di seluruh dunia ketika ini berjumlah 39,580,502. Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk dengan 8,100,662, diikuti India dengan 7,432,680 kes dan Brazil 5,224,362.

Dalam pada itu, statistik Johns Hopkins University turut menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini sebanyak 1,108,215.

AS terus merekodkan angka tertinggi dengan 219,156 kematian, diikuti Brazil dengan 153,675 kes dan India 112,998.

Mexico pula merekodkan 85,704 kes kematian dan UK 43,669. Itali, Sepanyol, Peru, Perancis dan Iran pula berkongsi angka korban melebihi 30,000.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Colombia, Argentina dan Rusia. Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000.

More Similar Posts

1 Comment. Leave new

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu