Nation
122
0

Kongsi kandungan lucah catat pertuduhan tertinggi di mahkamah

Kuala Lumpur – Perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah mencatat pertuduhan tertinggi yang difailkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di mahkamah bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 22 daripada 34 pertuduhan yang difailkan adalah berkaitan perbuatan berkongsi kandungan lucah, yakni kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia (AKM) 1998.

Ia diikuti dengan kesalahan berkongsi kandungan jelik sebanyak sembilan pertuduhan, dan berkongsi kandungan palsu tiga pertuduhan.

Sementara itu, 14 lagi pertuduhan merupakan kesalahan yang dilakukan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang dilakukan melalui aplikasi Facebook,Twitter, Whatsapp, Instagram dan blog, menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, peningkatan bilangan pertuduhan itu menunjukkan ketegasan MCMC dalam menangani salah guna media sosial dalam kalangan rakyat, selain bagi memastikan kewujudan persekitaran internet yang selamat dan terjamin.

Secara keseluruhannya, bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, MCMC menerima 178 Laporan Maklumat Pertama (First Information Report) berkaitan kesalahan penyalahgunaan media sosial, berbanding 139 yang diterima bagi tempoh yang sama tahun lepas.

MCMC berkata sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998.

Menurutnya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu