Nation
142
0

Lawatan Ke Gerai Nasi Briyani Ayam Bungkus Di Brickfields-Penyelesaian Untuk Tapak Niaga Sedia Ada

Kuala Lumpur- Pemilik gerai sementara, Kartigeyan Nadesan telah menerima aduan dari pemilik restoran bersebelahan berkenaan lokasi gerai beliau di Little India, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.

Ketua Pemuda MIC Wilayah Persekutuan, Encik S.Arumugam telah berhubung dengan pemilik Gerai Nasi Briyani Ayam Bungkus berkenaan isu gerai beliau yang telah tular di laman Facebook.

Isu tersebut telah dibawa ke perhatian Datuk S.Rajah, Ahli Lembaga Penasihat DBKL merangkap Pengerusi MIC Negeri Wilayah Persekutuan.

Ekoran dari itu, Datuk S.Rajah dan Encik S.Arumugam telah melawat gerai milik Kartigeyan Nadesan di Little India, Brickfields, untuk menyiasat dengan lanjut isu yang dihadapi oleh pemilik gerai tersebut.

Datuk S.Rajah juga sempat berbincang dengan pemilik restoran yang telah membuat aduan berkenaan lokasi gerai itu dan beliau telah mencadangkan lokasi baru yang lebih luas dan berhampiran dengan tapak sedia ada supaya pemilik gerai itu dapat meneruskan perniagaannya dengan selesa.

Datuk S.Rajah telah berjanji untuk berbincang dengan Pejabat Pelesenan DBKL mengenai Lesen Prihatin DBKL, peniaga tersebut.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu