Social
388
0

Lelaki cabul pesakit ketika ziarah ibu

Palembang – Seorang lelaki mengambil kesempatan ketika menziarahi ibunya yang sakit di hospital untuk mencabul pesakit perempuan lain.

Kompas melaporkan kejadian berlaku di wad sebuah hospital swasta di daerah Sako di sini.

Pegawai Polis Daerah Palembang, Edi Rahmat Mulyana mengesahkan suspek yang berusia 50 tahun melakukan perbuatan itu ketika melawat ibunya.

Beliau berkata, mangsa adalah salah seorang pesakit di hospital itu.

“Ketika kejadian, mangsa yang berusia 36 tahun tidur di katilnya sendiri tanpa ditemani ahli keluarga.

“Suspek menghampiri mangsa dan mencabul wanita itu.

“Mangsa yang tersedar diperlakukan lelaki itu terus menjerit meminta tolong,” katanya.

Mendengar jeritan itu, pengawal keselamatan terus menangkap suspek sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Suspek akan didakwa dan berdepan hukuman penjara selama tujuh tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, suspek mengakui menyesal dengan perbuatannya.

“Mangsa bersendirian ketika itu dan kebetulan dia ditempatkan satu wad dengan ibu saya.

“Entah kenapa, saya jadi bernafsu melihatnya dan minta maaf atas kesalahan saya ke atas mangsa yang juga keluarga,” katanya. – Harian Metro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu