Social
646
0

Lelaki didakwa liwat remaja 15 tahun

Johor Bahru – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan meliwat seorang remaja berusia 15 tahun, Ahad lalu.

Tertuduh, Abang Ariff Haikal Abang Zaidel, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V M Mabel Sheela.

Mengikut pertuduhan, Abang Ariff Haikal didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan memasukkan zakar ke dalam dubur seorang remaja berusia 15 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di Bandar Baru Uda, di sini, kira-kira jam 5 petang, 8 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah tidak memberikan jaminan ke atas tertuduh dengan alasan ia kesalahan yang tidak boleh dijamin namun memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 jika mahkamah membenarkannya.

Bagaimanapun, Hakim berkata beliau akan mempertimbangkan jaminan jika tertuduh membuat rayuan apatah lagi dengan keadaan penjara yang sesak dan penularan wabak COVID-19.

Tertuduh yang menangis teresak-esak kemudian, memohon mahkamah memberikan jaminan dengan jumlah rendah kerana baharu dibuang kerja tiga bulan lalu selain sudah insaf dengan perbuatannya.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan dua penjamin, perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali selain dilarang menganggu saksi dan mangsa.

“Mahkamah harap kamu akan datang untuk sebutan semula kes kamu nanti sebelum jam 9 pagi selepas ini.

“Jangan beri alasan sakit perut, beri sijil sakit dan sebagainya. Mahkamah beri jaminan sebab percayakan kamu dan jangan sia-siakannya, ” kata hakim.

Sebutan kes ditetapkan pada 15 Disember depan bagi penyerahan laporan perubatan. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu