Social
217
0

Lelaki ditahan larikan MPV polis

Taiping -Seorang lelaki ditahan selepas 20 minit melarikan sebuah kereta peronda (MPV) milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sekatan jalan raya (SJR) Taiping Utara, berhampiran susur masuk Plaza Tol Kamunting, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, berkata suspek dari Selama, Perak melarikan MPV yang diparkir dalam kawasan IPD Taiping pada jam 7.28 pagi dengan meninggalkan kenderaannya jenis Ford Fiesta.

“Tidak sampai setengah jam, suspek di tahan bersama kenderaan yang dilarikan di SJR Taiping Utara.

“Suspek dibawa ke IPD Taiping untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Osman berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung tindakan atau modus operandi suspek. – BH Online

 

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu