Nation
249
0

Lelaki hilang dipercayai hanyut dalam banjir kilat

Seremban – Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Jalan Rasah, Taman Happy di sini, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohamad Idris berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, seramai 30 anggota bomba dan pegawai bersama empat jentera telah dikerah ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa yang terjejas.

“Seramai 20 mangsa telah diselamatkan bagaimanapun lelaki berkenaan dihanyutkan arus deras dan kami akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Mohamad, hujan lebat sekitar 1 pagi itu telah menyebabkan sungai berhampiran melimpahkan air ke kawasan rumah penduduk.

“Banjir sudah reda dan surut sepenuhnya kira-kira 6 pagi tadi, namun kami sentiasa bersedia berikutan musim hujan di sini,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu