Social
106
0

Lelaki maut terjatuh Gunung

Alor Setar – Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari cerun Gunung Gua Sireh dekat Baling, Kedah ketika mencari pokok hiasan bersama rakannya, pada pagi Khamis.

Mangsa yang dikenali sebagai Amir Hakimi Md Ali, 22, dari Kampung Padang Che Mas, Baling maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 100 meter.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling Supt Syed Basri Syed Ali, mangsa yang melakukan kerja-kerja kampung telah ke gunung berkenaan pada pukul 10 pagi bersama seorang rakan lelaki yang berumur 32 tahun untuk mencari pokok hiasan (pokok paku aji) sebelum dipercayai terjatuh, kira-kira sejam kemudian.

“Polis yang menerima laporan pada 12.30 tengah hari telah bergegas ke tempat kejadian dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Syed Basri berkata buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu