Social
323
0

Lelaki positif Covid-19 tinggal nota sebelum bunuh diri

Petaling Jaya – Seorang pesakit Covid-19 sempat meninggalkan nota sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah flat di Bandar Baru Sentul, dua hari lalu.

Lelaki warga tempatan berusia 57 tahun itu kini cedera parah dan koma di hospital.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mangsa dalam keadaan terbaring dan cedera parah di lantai tingkat bawah flat pada pukul 4.30 petang.

“Kita turut menemukan nota yang ditinggalkan pada badan mangsa menyatakan dia positif Covid-19.

“Mangsa disahkan mengalami cedera di kepala, paru-paru, perut serta patah tangan dan kini dalam keadaan koma di Hospital Kuala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Eng Lai, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba bunuh diri.

Beliau turut menyeru orang ramai agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan persekitaran hingga mendatangkan bahaya. – Utusan Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu