Social
374
0

Lelaki tetak ibu tunang sampai mati

Kota Marudu – Hasrat wanita mahu memutuskan pertunangan berakhir tragedi apabila ibunya mati ditetak tunangnya di Kampung Kuyuh, Pitas, semalam.

Dalam kejadian jam 11.15 malam, mangsa Habibah Abungon, 68, mati akibat kecederaan parah selepas diserang suspek bersenjatakan parang.

Difahamkan, selain ibunya yang maut, mangsa, adik dan bapanya berusia 24 hingga 65 tahun yang berada di rumah itu turut cedera selepas diserang suspek berusia 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati suspek datang ke rumah tunangnya untuk mengajaknya balik ke kampung di Paitan.

Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menurut permintaannya dan memaklumkan mahu memutuskan pertunangan. Akibat itu, suspek bertindak agresif dan mengamuk dengan menggunakan parang.

Mohd Izaan berkata, siasatan masih diteruskan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BH Online

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu