Social
191
0

Lelaki warga asing hampir putus leher

Pasir Puteh – Seorang lelaki warga asing cedera parah apabila lehernya hampir putus ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Anis, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Azmir Damiri berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital berkenaan pada 7.30 malam tadi.

“Sebaik menerima laporan, polis bergegas ke hospital tersebut untuk menyoal siasat mangsa tetapi keadaannya agak parah serta tidak boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azmir berkata siasatan awal mendapati mangsa tiada pengenalan diri dan dipercayai warga Myanmar.

Jelasnya, siasatan menyeluruh masih dijalankan bagi mengenal pasti punca keadaan mangsa dan masih belum dapat mengesahkan sama ada leher mangsa disembelih dalam kejadian pergaduhan sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial.

Malam tadi, tular satu rakaman video berdurasi 33 saat, yang memaparkan seorang lelaki sedang menekup lehernya dengan sehelai kain sebelum memperlihatkan keadaan lehernya yang sudah terbelah dua sehingga terlihat kerongkong. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu