Nation
1K
0

Lokasi MH370 sudah ditemui?

 

London – Pakar penerbangan mendakwa sudah menemui lokasi nahas pesawat MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing, China, pada 2014.

Mereka percaya bahawa pesawat Malaysia Airlines itu terbang 2,700 batu (kira-kira 4345 kilometer) melepasi Indonesia sebelum terhempas di Lautan Hindi berhampiran koordinat S34.2342 dan E93.7875.

Sehubungan itu, pakar berkenaan menerusi laporan Daily Mirror berkata, ada asas yang kukuh untuk meneruskan misi pencarian bangkai pesawat berkenaan.

Salah seorang pakar berkenaan, Victor Iannello, yang sebelum ini terbabit membantu pasukan pencarian Australia berkata, ada kemungkinan bahawa bangkai pesawat berkenaan berada kira-kira 100 batu nautika dari lokasi ia dilaporkan terhempas.

Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa serpihan bangkai pesawat Boeing 777-200ER itu ditemui terdampar di barat Lautan Hindi dalam tempoh beberapa bulan hingga beberapa tahun selepas kehilangan MH370.

Ketika kejadian pada 8 Mac 2014 itu, pesawat berkenaan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Sebelum ini, usaha besar-besaran mencari pesawat terbabit selama empat tahun menemui jalan buntu walaupun lebih AS$200 juta (RM831 juta) dibelanjakan bagi melakukan carian meliputi kawasan seluas 120,000 meter persegi.

Sehingga kini, banyak spekulasi berhubung kehilangan MH370 termasuk teori konspirasi ia sengaja dijatuhkan, dirampas dan ditembak jatuh. – Hmetro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu