Nation
151
0

Lokman Adam ditahan polis

Kuala Lumpur – Polis hari ini mengesahkan telah menahan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam semalam, kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ketika bersiaran langsung di laman Facebooknya.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu.

Difahamkan, Lokman direman sehari bagi membantu siasatan selepas ditahan sepasukan polis di sebuah restoran berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira jam 11 malam semalam.

Semalam, Lokman menerusi laman Facebooknya memaklumkan ditahan polis ketika siaran langsung bertajuk ‘Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul?’.

Lokman turut berkongsi yang beliau ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu