Nation
1K
0

Mahkamah arah majikan bayar RM22,000 kepada Sarkunam

Kuala Lumpur- Mahkamah Jabatan Tenaga Kerja hari ini telah memerintahkan syarikat HL HUB LI Eng Works untuk membayar RM 22,000 sebagai pampasan buang kerja kepada Sarkunum Veloo. Sarkunam diwakili oleh peguam Sivarajan Arumugam.

Sarkunum seorang operator mesin telah kehilangan sebahagian jari tengah tangan kanannya semasa membersihkan habuk besi dalam mesin kerjanya.

Selepas tamat cuti sakit beliau telah kembali ke tempat kerja menuntut tugasan ringan.

Tetapi majikan beliau sengaja melengahkan tuntutanya dan menawarkan kerja pemandu Lori sebagai tugas ringan (light duty) dengan pengurangan gaji.

Sarkunam enggan terima tawaran itu dan menuntut tugasan ringan sepertimana yang disarankan oleh Perkeso.

Setelah surat menyurat dari Sarkunum dan majikan selama lebih 1 tahun, Sarkunum menganggap dirinya diberhentikan kerja efektif Julai 2020 dan menfailkan tuntutan faedah henti kerja.

Perbicaraan penuh telah dijalankan pada 3hb November, 2020 yang lalu. Saksi Perkeso yang di panggil oleh majikan enggan hadir.

Maka pada hari ini direkodkan perintah bayaran kepada Sarkunum sebanyak RM 22,000.

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu