Nation
252
0

Jumpa mayat dalam semak

Tawau – Mayat lelaki ditemui dalam semak di ladang kelapa sawit di Kampung Burut di sini, semalam.

Mayat tanpa identiti dan lengkap berpakaian itu ditemui penduduk yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

Sumber memberitahu, polis menerima maklumat pada 1.30 tengah hari dan sepasukan anggota dan forensik dikerah yang mendapati ada mayat terbaring dalam semak dengan berbaju gelap serta seluar pendek paras lutut.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, polis percaya mangsa mati lebih 24 jam. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa atau di lokasi,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Anak Umbuas ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan punca kematiannya belum dapat dipastikan.

“Mayat dihantar ke Hospital Tawau dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Hmetro

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu