Social
178
0

Mayat lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan di badan

Kuala Lumpur – Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan di badan ditemukan di atas jalan raya di Jalan Bangsar menghala Pantai Dalam, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat tanpa identiti itu pada 5.38 pagi.

“Siasatan lanjut mendapati mayat mangsa berusia lingkungan 30-an mempunyai kesan cedera di beberapa bahagian badan dipercayai menggunakan senjata tajam.

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zairulnizam berkata kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan waris mangsa serta mengenal pasti motif kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa atau mempunyai ahli keluarga yang hilang boleh menghubungi polis di talian 03–22979222 bagi memebantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan Twitter di ITIS DBKL, memaklumkan penutupan laluan dari arah KL Sentral ke Abdullah Hukum pada 7.20 pagi tadi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di lokasi dan dibuka semula pada 8.25 pagi. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu