Social
382
0

Mayat Naib Ketua Armada Bersatu ditemukan lemas

Johor Bahru – Mayat Naib Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi, ditemukan lemas di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, semalam.

Mangsa Mohd Zulfikrie Buang, 24, dilaporkan tergelincir dari perancah ketika sedang melakukan kerja-kerja membaiki Jeti Tanjung Balau di Bandar Penawar petang kelmarin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, PPgB Mohd Fadli Ismail berkata mayat Mohd Zulfikrie ditemukan pada 3 petang tadi, dalam anggaran 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Dengan penemuan mayat ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua hari ini ditamatkan pada 4.15 petang,” kata beliau dalam kenyataan di sini, malam ini.

Pagi tadi, pihak bomba memaklumkan operasi SAR mangsa diteruskan selepas operasi pada hari sebelumnya gagal menemui sebarang petunjuk.

Operasi ditumpukan di kawasan pinggir pantai Jeti Nelayan Tanjung Balau, Jeti Challet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau dengan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan pertahanan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, Armada Kota Tinggi dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi parti mengesahkan kejadian yang menimpa Mohd Zulfikrie itu.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk Naib Ketua Armada Bersatu Bahagian Kota Tinggi, Mohd Zulfikrie Buang yang telah ditemui lemas di Pantai Tanjung Balau, petang tadi. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” menurut kenyataan itu.

Barisan kepimpinan Armada Bersatu Bahagian Kota Tinggi turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Mohd Zulfikrie dan turut menyatakan perjuangan arwah untuk masyarakat akan diteruskan parti. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu