Social
171
0

Mayat reput dalam pacuan empat roda

Kuala Berang – Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput dipercayai meninggal dunia kira-kira tiga minggu lepas ditemukan dalam sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara di sebuah ladang kelapa sawit di Cherang Nibong, Ajil di sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan penemuan mayat itu pada pukul 5 petang dan satu pasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi pihak polis mendapati mayat lelaki dalam keadaan reput itu berada di tempat duduk pemandu. Hasil siasatan awal berdasarkan keadaan mayat, dipercayai lelaki tersebut telah meninggal dunia kira-kira tiga minggu lepas.

Identiti mangsa telah kita kenal pasti iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun berasal dari Kampung Tok Randok, Ajil. Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan dan mayat tersebut akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui di lokasi, di sini hari ini.

Mohd Adli berkata berdasarkan siasatan ke atas kenderaan pacuan empat roda tersebut, pihaknya percaya si mati merupakan suspek yang telah melarikan kenderaan terbabit dari Balai Polis Ajil tiga minggu lepas. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu