Social
182
0

Mayat reput ditemui dalam tong

Nibong Tebal – Mayat reput dipercayai warga asing ditemukan dalam tong di ladang kelapa sawit dekat Tiga Kongsi Simpang Ampat, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki daripada tukang kebun berusia 46 tahun pada jam 10.40 pagi tadi.

“Tukang kebun itu memaklumkan kepada polis bahawa pekerjanya pergi membuat kerja pemotongan sawit pada jam 6 petang semalam sebelum terhidu bau busuk dalam sebuah tong berwarna biru.

“Pekerjanya kemudian menghubunginya pada jam 9.03 malam dan pagi tadi tukang kebun itu membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Chong Chern berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat satu mayat yang berseluar pendek dan berpakaian T dalam keadaan sudah mengecut dan mengering dalam sebuah tong.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa yang berusia lingkungan 40-an dipercayai meninggal dunia sejak sebulan lalu.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui pada mayat itu namun polis mengesyaki mangsa adalah warga asing.

“Pemeriksaan luaran pada mayat tidak menemui sebarang kesan kecederaan,” katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu