Social
594
0

Mayat wanita ditemukan dalam semak

Batu Pahat – Seorang wanita berumur lingkungan 40-an disyaki mati dibunuh dijumpai dalam semak berhampiran sebuah kawasan perumahan di Yong Peng, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata anggota Balai Polis Yong Peng menerima maklumat berkaitan penemuan mayat berkenaan kira-kira pukul 8.00 pagi tadi, daripada orang awam.

Beliau berkata sejurus menerima laporan berkenaan, sepasukan polis bersama Pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan K9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut masih dilakukan dan kes ini mempunyai unsur-unsur jenayah, ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu