Social
203
0

Mayat wanita ditemukan dengan kesan tikaman

Shah Alam – Mayat seorang wanita ditemukan dengan kesan tikaman pada leher sebelah kiri di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas, Klang  semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat wanita warga Indonesia itu daripada seorang wanita tempatan kira-kira pukul 2.05 petang.

Beliau berkata mayat ditemui dalam keadaan hanya memakai baju t-shirt, dan wanita itu dipercayai berumur dalam lingkungan awal 20-an.

“Mayat ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di tingkat satu rumah kedai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan polis sedang giat berusaha mengesan suspek. – Bernama

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Most Viewed Posts
Menu