Nation
752
0

MB KEDAH PERLU PEKA TERHADAP SENSITIVITI KAUM INDIA – Ketua Pemuda MIC Kedah

Alor Setar – Pergerakan Pemuda MIC Negeri Kedah mengesa Y.A.B. Menteri Besar Negeri Kedah untuk mengkaji semula keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak meneruskan cuti peristiwa sempena Hari Keagamaan Thaipusam pada 28 Jan ini.

Ketua Pemuda MIC Kedah, Jeevabalan Jayaraman,mezahirkan rasa kesal beliau dengan keputusan Menteri Besar Kedah seperti seolah-olah tidak menghormati sensitiviti dan tidak peka terhadap masyarakat kaum India di negeri Kedah.

“Untuk perhatian Menteri Besar Kedah, Hari Thaipusam merupakan cuti peristiwa bagi negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.”

“Walaubagaimanapun negeri-negeri tersebut tidak membatalkan cuti berkenaan hanya kerana larangan sambutan itu turut dikenakan di negeri terbabit.”

Beliau juga menegaskan bahawa walaupun negara dalam perlaksanaan PKP, ini tidak bermakna Thaipusam ini tidak boleh diraikan di rumah bersama ahli keluarga. Hari Thaipusam ini bukan tertumpu kepada mengunjungi rakan-rakan mahupun ahli keluarga tetapi lebih kepada menunaikan sembahyang dan membayar nazar.

“Demi pencerahan kepada Menteri Besar Kedah, dalam tempoh Pandemik Covid 19 ini, setiap perayaan atau hari keagamaan tidak terbatal kerana setiap perayaan mempunyai nilai tersendiri bagi sesuatu kaum. Persoalannya disini, apakah logik yang diguna pakai oleh Menteri Besar Kedah tidak meneruskan cuti peristiwa sempena Thaipusam dalam tempoh PKP ini memandangkan perayaan atau hari keagamaan masih berjalan seperti biasa namun cara dan kaedahnya berbeza dalam tempoh Pandemik ini.”

“Pergerakan Pemuda MIC Negeri Kedah juga ingin meminta penjelasan daripada Menteri Besar Kedah berkenaan kenyataan beliau yang menyatakan beliau telah berjumpa dengan tiga kumpulan masyarakat India mewakili penganut Hindu dan menjelaskan mengenai keputusan tidak meneruskan pemberian cuti peristiwa sempena Thaipusam. Adakah benar kenyataan tersebut atapun ia semata-mata sandiwara politik?,” soal Jeeva.

“Malah kenyataan Menteri Besar Kedah yang sering membandingkan komposisi masyarakat India 6.8 peratus di Kedah dan menidakkan hak masyarakat 6.8 peratus ternyata menguriskan hati masyarakat India. Dan jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional yang telah menghormati masyarakat India Kedah dan memulakan tradisi cuti peristiwa sempena Thaipusam ternyata amat jauh dihargai dan dihormat tinggi,” ujar beliau.

“Kami, Pergerakan Pemuda MIC Negeri Kedah mengesa Menteri Besar Negeri Kedah untuk meneruskan tradisi 7 tahun pemberian cuti peristiwa Hari Thapusam. Serta diharapkan En. B.K. Kumaresan Pegawai Khas Masyarakat India Y.A.B. Menteri Besar Negeri Kedah akan lebih sensitif dan peka terhadap hal ehwal masyarakat India,” saran Jeeva.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu